Berbezakah Etnik Kadazan dan Dusun ?

TAHUKAH ANDA...?


Timbul persoalan tentang perbezaan antara suku kaum Kadazan dan Dusun walaupun kedua - dua perkataan ini sering digabungkan..Ada suara2 sumbang yang mengaku kononnya dia berasal daripada suku kaum Kadazan dan bukan Dusun..Etnik Dusun sering dikaitkan dengan gelaran 'orang kampung' dan suku yang amat pelat dengan'kebakuan' bahasanya. Tidak dinafikan mengenai kebakuan bahasa melayu dialek Sabah/Dusun kerana,bahasa melayu yang menjadi pertuturan harian dipengaruhi oleh bahasa Dusun itu sendiri,bahasa melayu dituturkan dengan mencampur adukkan bahasa Dusun-Melayu yang akhirnya menjadi bahasa slanga dan "Trademark" masyarakat dusun itu sendiri..Di Sabah,bahasa melayu slang Dusun/kadazan amat mudah untuk di kenali kerana slang yang terlalu baku...Oleh itu,bagi mereka yang tidak mahu atau MALU dengan status dusunnya sukar untuk menyembunyikan kenyataan ini...(jaga-jaga dengan slang kamurang ! hehehe )
Ada orang yang tidak mahu dipanggil Dusun kerana dia orang Kadazan..Confiuse? okay,di singkatkan cerita,ini kenyataan sebenar...

"Menurut Abdul Latiff Johry, seorang pesara dan bekas Ketua Penolong Pengarah, Biro Pembangunan Sumber Manusia, kadazan berasal daripada kata dasar "kedai" atau satu blok bangunan kedai tempat berniaga di pinggir bandar dalam daerah Penampang yang diusahakan oleh orang Dusun. Pengusaha ini diberi gelaran pengusaha kedai atau "Kakadayan" dalam bahasa Dusun. Memandangkan pada ketika itu, Tun Hj. Mohd. Fuad Stephens seorang pemimpin politik Sabah yang berpengaruh berketurunan Inggeris sangat berkeinginan menjadi ketua kaum Dusun tetapi sebaliknya Tun Fuad menyedari hasratnya tidak mungkin tercapai oleh kerana kaum Dusun sudah mempunyai ketua kaumnya sendiri, iaitu " Datuk G.S Sundang Gunsanad, MBE" yang juga Presiden Parti Pasok Momgun berasal dari daerah Keningau. Datuk G.S Sundang Gunsanad ialah adik kepada O.K.K Sedomon bin O.K.K Gunsanad yang juga bertanggungjawab menubuhkan sebuah parti kaum Dusun yang pertama pada April 1962 iaitu "Tungag Tokou Pasok Momogun Action Party". Atas hakikat ini, Tun Fuad telah memberi gelaran orang-orang Dusun yang menjadi pengusaha kedai "Kakadayan" di daerah Penampang itu kepada "Kadazan" . Dengan adanya gelaran ini maka hasrat Tun Fuad menjadi ketua kaum mungkin akan tercapai. Ini bermakna kadazan adalah cetusan idea pemimpin politik Sabah. Namun menurut Dr. Jacqueline (dipetik Prof. Mohd. Taib Osman, 1987) Alliston melaporkan mubaligh-mubaligh Roman katholik mula-mula sekali mendapati nama kadazan digunakan di kalangan Dusun Laut. Istilah ini dikatakan berasal daripada perkataan "kakadazan" atau " kakadayan" yang bererti bandar atau penduduk bandar dan perkataan ini luas digunakan apabila timbulnya parti-parti politik tampatan tahun 1960’an. Suatu kesimpulan mengenai kadazan ialah kadazan terdiri daripada kaum Dusun yang tinggal di bandar atau berhampiran dengan bandar, sementara Melayu Brunei dan Bajau menggunakan istilah Dusun untuk penduduk bumiputera yang mengamalkan penanaman padi secara besar-besaran daripada memburu dan berhimpun Dr. Jacqueline (dipetik Prof. Mohd. Taib Osman, 1987). Tidak hairanlah, jika kaum Dusun dianggap sebagai kumpulan pribumi termaju dalam bidang pertanian dan penternakan
http://midc.upm.edu.my/tamadun_asia/nota kuliah/kuliah5&6.htm

( sumber : UPM : KEBERKESANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI SOSIAL:
SATU KAJIAN KES DI KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI SABAH
Pensyarah: Dr. Ezhar Tamam
Penulis: HAJIMIN MASLIN B.COMM 4 J05474 )

Singkatnya, orang kadazan yang ada pada hari ini asalnya adalah Dusun,oleh kerana gelaran nenek moyang mereka yang menjadi peniaga di bandar,maka gelaran itu akhirnya lama kelamaan menjadi nama panggilan bagi peniaga2 tsbt. Oleh itu ,bagi masyarakat yang berbangsa Kadazan,haruslah anda tahu bahawa kadazan dan dusun adalah satu etnik yang SAMA..Walaupun terdapat perbezaan yang ketara dari segi sebutan,tetapi haruslah diketahui bahawa dusun dan kadazan adalah satu dan tidak akan timbul apa2 isu yang mengatakan bahawa kadazan bukan dusun atau kadazan dan dusun adalah berbeza.

check this out!....


Perbezaan dari segi sebutan :
Kadazan : penggunaan konsonan "V" dan "Z" yang ketara
contoh perkataan :
 Kadazan > kotobian tadau tagazo do  kaamatan
 Dusun > kotobian tadau tagayo do kaamatan
K > savi - avi ( semua )
D > ngawi - ngawi


sekian perkongsian pengetahuan pada kali ini.,Jaga dan kekalkan keaslian serta keindahan etnik dan suku kaum di negeri Sabah..Semoga kebudayaan setiap etnik di negeri ini sentiasa terpelihara utk tatapan generasi akan datang...Love Borneo !



Comments

  1. Nunu habar? bah, yoku 'share' diti kio... pounsikou... :)

    ReplyDelete
  2. Bah,poshareon Ku ti artikel nu kio tobpinai..pounsikou..

    ReplyDelete
  3. Thank you for visiting my blog!

    ReplyDelete
  4. Thank you for visiting my blog!

    ReplyDelete
  5. Jgn memandai2 cakap org kadazan berasal dri org dusun. Ko belajar sejarah betul. Kaji betul. Bukan baca dri 1 versi sja. Kadazan ialah kadazan. Bukan dusun.

    ReplyDelete
  6. Kau kena membaca lagi. Bagi sy artikel kau agak ignorant.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASAL USUL SEJARAH KAMPUNG TIMBUA RANAU

Kundasang...