Posts

Showing posts from December, 2011

Kundasang...

Image
Pengenalan... Kundasang adalah satu mukim yang agak luas yang terletak di daerah Ranau Sabah..Keindahan panorama yang terdapat di Kundasang menggamit kedatangan pelancong saban hari terutamanya ketika musim cuti persekolahan.Antara keistimewaan yang terdapat di Kundasang ialah,cuaca yang agak sejuk terutamanya ketika waktu pagi dan waktu malam,pemandangan bukit-bukau yang masih terpelihara kehijauannya,pemandangan kebun sayuran yang diusahakan petani tempatan,serta musim dingin yang berlaku pada awal tahun,pertegahan tahun dan akhir tahun.Antara faktor yang menjadikan Kundasang agak terkenal dimata dunia adalah landskap semulajadi yang telah diikhtiraf sebagai tapak warisan dunia iaitu taman Kinabalu yang pasti menjanjikan suatu pemandangan yang indah serta menyimpan seribu kenangan kepada penggemar alam semulajadi. pemandangan waktu pagi... Kemudahan.. Kundasang menawarkan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Taman Kinabalu,Tugu Peringatan Perang,De