SEJARAH KAMPUNG SECARA RINGKAS Masyarakat Dusun di sekitar Ranau dikatakan telah menetap di Kampung Timbua sekitar abad ke -18 lagi . Tidak dapat dipastikan siapa yang mula - mula membuka perkampungan ini . Dipercayai bahawa orang Dusun yang menetap di sekitar Ranau berhijrah ke kawasan lebih pedalaman, dan lebih jauh dari kampung-kampung sekitar Ranau yang sedia ada, untuk mencari petempatan baru dan untuk mencari kawasan pertanian yang lebih subur ( penanaman padi ) . Nama kampung telah diambil sempena nama sebuah batu yang terdapat di tengah - tengah Sungai Sugud atau lebih dikenali sebagai Sungai Timbua . Batu itu masih kekal berada disitu sehingga ke hari ini . Menurut orang - orang kampung , terdapat dua buah batu yang terdapat di Sungai Sugud yang diberi nama Batu Timbua dan Batu Tembeliwan (Tomboliwan) . Kedua - dua batu tersebut dikatakan berpenunggu dan sering mencetuskan