ASAL USUL SEJARAH KAMPUNG TIMBUA RANAU
SEJARAH KAMPUNG SECARA RINGKAS
Masyarakat Dusun di sekitar Ranau dikatakan telah menetap di Kampung Timbua sekitar abad ke -18 lagi . Tidak dapat dipastikan siapa yang mula - mula membuka perkampungan ini . Dipercayai bahawa orang Dusun yang menetap di sekitar Ranau berhijrah ke kawasan lebih pedalaman, dan lebih jauh dari kampung-kampung sekitar Ranau yang sedia ada, untuk mencari petempatan baru dan untuk mencari kawasan pertanian yang lebih subur ( penanaman padi ) .
Nama kampung telah diambil sempena nama sebuah batu yang terdapat di tengah - tengah Sungai Sugud atau lebih dikenali sebagai Sungai Timbua . Batu itu masih kekal berada disitu sehingga ke hari ini .
Menurut orang - orang kampung , terdapat dua buah batu yang terdapat di Sungai Sugud yang diberi nama Batu Timbua dan Batu Tembeliwan (Tomboliwan) . Kedua - dua batu tersebut dikatakan berpenunggu dan sering mencetuskan kemalangan di sekitar kawasan tersebut . Batu Timbua dikatakan dihuni oleh penunggu yang jahat , manakala Batu Tembeliwan dihuni oleh penunggu yang baik . Batu - batu ini dikatakan tidak sefahaman dan selalu "bergaduh" . Setiap kali tercetusnya pergaduhan antara kedua - dua batu tersebut akan menyebabkan banjir di Sungai Sugud . Menurut penduduk kampung , Batu Timbua selalu mengganggu orang kampung yang melalui sungai tersebut.
Ramai penduduk sering meranduk sungai untuk ke seberang. Disebabkan pada ketika itu, cara paling cepat untuk ke kampung sebelah adalah dengan melalui sungai tersebut, maka ramai warga yang sering melalui sungai untuk menyeberang. Disebabkan kejahatan penunggu Batu Timbua, ada diantara orang kampung yang hampir dihanyutkan oleh arus sungai yang tiba-tiba deras, atau hampir lemas disungai tersebut. Menurut cerita penduduk, ada juga orang kampung yang menemui ajal disebabkan melalui sungai tersebut .
Terdapat sebuah kisah sedih yang diceritakan dari generasi ke generasi. Dikatakan seorang wanita telah menyeberangi sungai tersebut bersama - sama dengan anak lelakinya yang masih kecil . Ketika sedang meranduk sungai, tiba-tiba sahaja, mereka diganggu oleh "sesuatu", seolah-olah ada suatu daya yang kuat seolah menarik-narik kaki mereka didalam sungai. Dengan susah payah, si ibu berusaha untuk menyelamatkan diri dan anaknya. Malangnya, disebabkan anaknya masih terlalu kecil, anaknya lemas daripada peristiwa itu. Dikatakan, si ibu terlalu terpukul dengan kejadian itu lalu mengucapkan suatu sumpahan. (Maaf, saya sudah lupa akan kata-kata yang dilafazkan oleh wanita itu, ketika kajian lapangan ini dijalankan, saya mungkin tercicir beberapa poin dari kisah ini).
Akibat daripada peristiwa tersebut , kisah itu mulai tersebar dari mulut ke mulut. Pelbagai versi cerita mulai muncul, dan begitu juga dengan timbulnya cerita-cerita baru yang berlaku disekitar keberadaan batu itu. Disebabkan hal tersebut, orang kampung mulai takut untuk melalui sungai itu . Menurut cerita penduduk kampung, batu yang berpenunggu baik ( Tembeliwan ) mengambil keputusan untuk meninggalkan Sungai Sugud kerana tidak sanggup lagi menahan cemuhan daripada penduduk kampung . Batu Tembeliwan turut terkena tohmahan orang kampung disebabkan ulah yang dilakukan oleh Batu Timbua . Akhirnya , Batu Tembeliwan mengambil keputusan untuk meninggalkan Sungai Sugud dan pergi jauh dari kawasan sungai tersebut . Batu Tembeliwan dikatakan telah hanyut jauh dibawa arus sungai hingga ke kawasan yang jauh dari Timbua . Kini , batu tersebut sudah tidak diketahui lokasinya dan Batu Timbua masih kekal di Sungai Sugud sehingga kini .
Untuk mengelakkan kejadian buruk di sungai tersebut , orang kampung telah melakukan upacara korban untuk penunggu batu tersebut supaya "ia" tidak lagi mengganggu penduduk kampung . Korban tersebut berupa korban binatang, yang dijalankan oleh orang kampung yang dituakan, atau yang lebih arif akan permasalahan yang berkaitan dengan masalah ghaib. Ritual pengorbanan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, ayam atau yang lain-lain, masih terlalu umum pada masa itu kerana, kebanyakan orang Dusun manganut kepercayaan Animisme, atau Pagan. Seseorang yang mengetuai upacara ritual animisme dipanggil Bobolian (Bobohizan) ataupun digelar "Urang Tua".
Urang Tua itulah yang akan mencari jalan penyelesaian, dan mengetuai upacara yang akan dijalankan.
Kajian Melalui temubual Penduduk Asal KG.Timbua
2010
terbaik
ReplyDeletewow .. good story
ReplyDeleteWa...sya orng timbua ☝️
ReplyDeleteI always turn to Vampire any time I want to. I become a Vampire because of how people treat me, this world is a wicked world and not fair to any body. at the snack of my finger things are made happened. am now a Powerful Man and no one step on me without an apology goes free. i turn to Human being also at any time i want to. and am one of the most dreaded Man in my Town. i become a Vampire through the help of my friend who introduce me into a Vampire Kingdom by given me their email. if you want to become a Powerful Vampire kindly contact the Vampire Kingdom on their Email: Vampirelord7878@gmail.com
ReplyDeleteThat all? Okok tq
ReplyDelete