Kundasang...

Pengenalan...

Kundasang adalah satu mukim yang agak luas yang terletak di daerah Ranau Sabah..Keindahan panorama yang terdapat di Kundasang menggamit kedatangan pelancong saban hari terutamanya ketika musim cuti persekolahan.Antara keistimewaan yang terdapat di Kundasang ialah,cuaca yang agak sejuk terutamanya ketika waktu pagi dan waktu malam,pemandangan bukit-bukau yang masih terpelihara kehijauannya,pemandangan kebun sayuran yang diusahakan petani tempatan,serta musim dingin yang berlaku pada awal tahun,pertegahan tahun dan akhir tahun.Antara faktor yang menjadikan Kundasang agak terkenal dimata dunia adalah landskap semulajadi yang telah diikhtiraf sebagai tapak warisan dunia iaitu taman Kinabalu yang pasti menjanjikan suatu pemandangan yang indah serta menyimpan seribu kenangan kepada penggemar alam semulajadi.

pemandangan waktu pagi...



Kemudahan..

Kundasang menawarkan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Taman Kinabalu,Tugu Peringatan Perang,Desa Dairy Charm ( ladang ternakan lembu dan kambing tenusu,pemandangannya seolah-olah berada di New Zealand ) ,kebun bunga serta macam-macam tempat lagi..Kundasang juga menyediakan kemudahan penginapan yang sememangnya berbaloi dan berpatutan seperti Resort,Homestay dan Hotel bertaraf 3 bintang.Selain itu,bagi mereka yang suka akan aktiviti lasak dan santai,Kundasang juga menyediakan padang golf yang terletak di Masilou,aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang boleh dilakukan di dua buah trail iaitu di Kinabalu Park Trail dan Masilou Trail.Selain itu,bagi mereka yang gemar dengan aktiviti berbasikal bukit,Kundasang adalah destinasi yang sangat sesuai untuk aktiviti ini kerana keadaan geografinya yang semulajadi berbukit bukau.Selain itu juga,bagi mereka yang gemar bersukan,disini juga disediakan gelanggang serbaguna seperti untuk sukan futsal,bola tampar,bola jaring,bola keranjang,badminton dan lain-lain lagi.
Kundasang juga menyediakan gerai sayuran dan buah-buahan yang dijamin kesegarannya.Kemudahan pengangkutan juga disediakan disini bagi pelancong yang datang tanpa membawa kenderaan sendiri.
Keramahan penduduk juga menjadi salah satu tarikan disini.Bagi anda yang bercadang untuk membawa teman atau sanak saudara bercuti,anda sangat dialu-alukan datang ke Kundasang pada bila-bila masa sahaja  kerana Kundasang sentiasa terbuka untuk dikunjungi sepanjang tahun.

desa dairy..New Zealand view

Kundasang war memorial




Perayaan dan pesta

Seperti dikebanyakan tempat di Sabah,Kundasang juga menganjurkan pesta-pesta tertentu yang sememangnya menarik seperti Pesta Kaamatan (pesta menuai) pada akhir bulan Mei dan Pesta Kobis yang diadakan pada penghujung bulan Oktober.Pesta-pesta ini biasanya diadakan diperkarangan pekan Kundasang.Pada hari tersebut,pengunjung akan dihiburkan dengan kumpulan orkestra bambu yang sememangnya unik serta dihiburkan dengan lagu-lagu tempatan.Istimewanya,artis-artis terkenal tanahair juga akan dijemput untuk sama-sama memeriahkan pesta tersebut bersama dengan artis-artis tempatan.Selain daripada pesta-pesta tahunan ini,Kundasang juga tidak terkecuali mengadakan sambutan-sambutan lain seperti sambutan Maulidurrasul,tahun baharu cina serta sambutan tahun baru yang juga diadakan secara besar-besaran.
Ketika pesta dan perayaan ini dijalankan,semua penduduk akan hadir tanpa mengira bangsa dan agama masing-masing.

Tempat beribadah..

Selain daripada tempat-tempat menarik serta kemudahan-kemudahan lain,Kundasang juga tidak mengabaikan aspek keagamaan bagi penganut-penganut yang yang beragama..Terdapat sebuah masjid jamek yang terletak di Pekan Kundasang,surau-surau yang terdapat diseluruh kampung serta gereja-gereja mengikut mahzab disekitar kawasan Kundasang.

Masjid Jamek Kundasang



Koleksi gambar-gambar menarik yang terdapat di Kundasang..


walai tokow homestay


gerai sayuran kundasang


Lada Benggala gergasi...( wow )


KOBIS BATU GERGASI....yang takkan layu dan mati untuk selamanya....






p/s:
datang jangan tak datang...Kundasang people are very welcoming...


Comments

  1. I always turn to Vampire any time I want to. I become a Vampire because of how people treat me, this world is a wicked world and not fair to any body. at the snack of my finger things are made happened. am now a Powerful Man and no one step on me without an apology goes free. i turn to Human being also at any time i want to. and am one of the most dreaded Man in my Town. i become a Vampire through the help of my friend who introduce me into a Vampire Kingdom by given me their email. if you want to become a Powerful Vampire kindly contact the Vampire Kingdom on their Email: Vampirelord7878@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berbezakah Etnik Kadazan dan Dusun ?

ASAL USUL SEJARAH KAMPUNG TIMBUA RANAU